Monday, June 18, 2012

Permintaan hati

Ya Allah..
Jika aku jatuh cinta,
Cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya PadaMu,
Agar bertambah kekuatanku untuk mencintaiMu..
Ya Muhaimin..
Jika aku jatuh hati,
Izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut padaMu,
Agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu..
Ya Rabbana…
Jika aku jatuh hati,
Jagalah hatiku padanya,
Agar tidak berpaling daripada hatiMu..
Ya Rabbul Izzati…
Jika aku rindu,
Rindukanlah aku pada seseorang,
Yang merindui syahid di jalanMu..
Ya Allah…
Jika aku menikmati cinta kekasihMu,
Janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya,
Bermunajat di sepertiga malam terakhirMu..
Ya Allah…
Jika aku jatuh hati pada kekasihMu,
Jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh,
Dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepadaMu..
Ya Allah,
Jika Kau halalkan aku merindui kekasihMu,
Jangan biarkan aku melampaui batas,
Sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepadaMu..

Sunday, June 17, 2012

Hari Bapa

Apabila semua orang cakap pasal hari bapa...
Bagi saya,setiap hari pon merupakan hari yang special untuk orang yang bergelar Ibu dan Bapa.
Cuma Hari Bapa & Hari Ibu ada kelebihan dia yang tersendiri...
Maybe waktu ni,baru la anak2 baru nak menghargai Ibu dan Bapa..
Tapi,hanya satu hari untuk menghargai? Huh!
Setakat nak bagi hadiah,nak belanja makan..hari apa2 pon boleh..
Tak perlu nak tunggu Hari Special pon kan..


Btw,saya still nak wish pada bapa2 di luar sana..SELAMAT HARI BAPA :)

Friday, June 8, 2012

Emak

Saya sayang emak saya.


Hanya Allah yang tahu betapa besarnya pengorbanan emak saya sebagai seorang anak,adik,kakak,isteri dan ibu.

Terlalu banyak pengorbanannya untuk aku cerita di sini.Semoga Allah memberkati dan panjangkan umur mak.Semoga mak kuat menempuh dugaan hidup ini.

Puja terlalu sayangkan emak!

You are my idol :)
I hope I can be a good mother and good wife also :)
Aku bersyukur Ya Allah kerana engkau berikan aku seorang ibu yang teramat hebat di dunia ini.Alhamdulilah

Kehilangan Orang Tersayang

Dalam hidup saya, belum pernah saya kehilangan seseorang yang perginya takkan kembali

19 May 2012,
Waktu tu saya sedang bekerja dan tiba2 dapat panggilan dari adik saya.

'Puja,nenek dah meninggal.'
'Hah,nenek mana?'
'Nenek.Nenek la.Nenek!"
'Nenek mana?' aku masih bertanya.Sedangkan aku ada seorang nenek sahaja.
'Nenek Sawiyah la.'

Saat itu seperti ada batu jatuh atas kepala.Ya Allah,hari itu,genap lah seminggu, last sekali aku berjumpa dengan arwah.Memang tiada apa2 tanda yang arwah akan tinggalkan kita semua.

Selang satu hari,atuk saya pula menyusul pergi.Aku redha Ya Allah atas pemergiannya.Cuma aku tidak sangka secepat ini dia akan pergi meninggalkan kami.

Arwah atuk & nenek duduk bersama family sejak mak dan ayah saya berkahwin.Kami adik beradik dibesarkan oleh atuk dan nenek.Sepanjang hayat mereka,macam2 dugaan yang mereka hadapi.

Sesungguhnya kisah hidup arwah atuk dan nenek saya sangat menyedihkan.Memang betul cakap orang, Ibu Bapa boleh menjaga anak sampai 10 orang,Tapi,belum tentu 10 orang anak itu dapat menjaga Ibu Bapa yang satu ini.

Ya Allah,sesungguhnya aku amat terasa kehilangan mereka Ya Allah.Sepanjang 21 tahun hidup saya di dunia ini,banyak sungguh pengorbanan mereka utk diri saya ini.Hanya Allah yang tahu apakah balasanku terhadap kedua orang tua ini. Aku bersyukur Ya Allah,dapat membantu kedua orang tua ini tatkala mereka masih hidup.Dapat menggembirakan mereka tatkala mereka masih bernyawa. Menolong mandikan mereka tatkala mereka tidak larat untuk mandi sendiri.Aku rasa bertuah sebab dapat menolong kedua2 orang tua ini waktu mereka susah.Tetapi, air mata ini menitis tatkala teringatkan sewaktu untuk mandikan jenazah arwah.Anak-anak berebut untuk memandikan jenazah.Ya Allah,dimanakah mereka sewaktu orang tua ini tidak larat untuk mandi sendiri?Ya Allah,aku tidak ada niat utk mengaibkan sesiapa.Cerita ini sekadar peringatan bersama.

Sayangilah ibu bapa anda sewaktu mereka masih hidup.Luangkan lah masa anda sewaktu mereka masih ada di dunia.Ya Allah,kau berikanlah aku sedikit lagi kekuatan utk aku menempuh dugaan hidup di dunia yang sementara ini Ya Allah.

*Air mata ini masih terjatuh sewaktu otak ku memikirkan arwah.Semoga kedua-dua arwah ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman.Amin.

Kerjaya dan cita-cita

Kerjaya saya bermula macam ni,

18 Nov, saya tamat practical di Hosp Sungai Buloh. Sementara tunggu utk final exam, saya kerja dekat Reka Cetak (Company Family Kakak Ipar sy).adalah dekat 2 minggu kerja situ.


Sebelum final exam lagi,saya dah mula hantar resume dekat hospital-hospital private yg ada.Tapi, still x dapat jawapan.Sampai lah satu hari tu (Jumaat) lunch hour, sy pergi Cybercafe utk resend resume yang sy dah send sebelum2 ni.Nak dijadikan cerita, pukul 4pm mcm tu HR Hosp Sg Long,Kajang call suruh datang interview besoknya (Sabtu).Memang waktu tu,tak tahu nak jawab apa.So,saya pon pergi jugak la interview tu.


Lepas habis kerja dekat Reka Cetak, saya pon kerja dekat Butik Muslimah (10hari). Butik ni kepunyaan kawan mak saya. Tolong owner ni buat blog,online shopping,jaga booth dekat masjid wilayah,Macam2 la yg best dalam 10hari tu.Then,waktu tu sy solat maghrib dkt masjid wilayah (Malam tahun baru).Lepas tu,check handphone HR tu send mesej suruh check offer letter.


Begitulah rezeki Allah.Alhamdulilah.Insyallah convocation akan dibuat tahun ni.
Until now,dah nak masuk 5 bulan saya kerja di pharmacy,hospital sungai long.Alhamdulilah.