Wednesday, April 27, 2011

Without His love I can do nothing, with His love there is nothing I cannot do.

BMW merah

Entry kali ini ditujukan kepada pembawa kereta BMW Merah (PDV ****)

Ada aku kesah kereta kau BMW?
Ada aku kesah kereta kau warna merah?
Ada aku kesah kau bawak kereta sambil smoking?

SEMUA TU AKU TAK KESAH TAUUU..(Tapi mungkin AIMAN kesah!)

Yang paling aku KESAH sebab kau bawak kereta sangat lembap sebab melayan perempuan sebelah kau untuk tangkap-tangkap gambar syok sendiri dalam kereta!!

Kau nak amik gambar tu,aku takde hal...tapi,tolong jangan bawak kereta macam KURA-KURA dan menyusahkan orang belakang kau....

Kau bajet kau pakai spek itam, smoking,lepas tuh bukak cermin kereta sambil keluarkan tangan...kau JEJAKA HOT  ahhhh??

Tak langsung!!

Friday, April 15, 2011

Mereka yang sangat prihatin :)

Petang tadi ada customer nak beli ubat gastric..
Then, saya pon pergi la amik kan..
Time dekat cashier tu,dia tanya macam ni..
"Dekat sini takde ubat selesema ke?"
"Ada..awk nak berapa?"

"Eh..bukan untuk saya..tapi,untuk awak la!!"

Saya hanya senyum je..

(Dalam hati,)
Saya sudah makan ubat laaa encik abang...
tapi,still selesema tak nak baik..
Dari hari first saya masuk farmasi ni lagi dah dapat infection..hahahaah

Lepas tuh,ada lagi sorang customer datang..nak beli supplement..
saya pon rekemen la satu produk baru ni..
Produk ni berasaskan daun barli tau..
Lepas membebel-bebel..dia pon beli la ubat tuh..
Time nak bayar, dia pon hulur satu kad..
name card dia rupanya..

"Kalau awak dah bosan kerja sini,boleh lah call saya..mana tahu rezeki awak bekerja dgn saya"
"Eh,saya ni belajar pon tak habis lagi..Ni pon baru masuk praktikal minggu ke-2"
"Takpe,awak simpan kad saya ni..Nanti dah habis belajar,awak call saya."

Lepas tengok kad yang dia kasi tuh..
Rupanya dia partner syarikat perunding..
Syarikat ni pulak tengah memerlukan perunding dalam bidang perubatan ni..
macam tuh la lebih kurang..
sebab saya pon tak tanya lebih-lebih..

Hujung minggu ni,saya akan BUSY!
Saya suka bila saya BUSY!

DONE!

Thursday, April 14, 2011

Sebulan sangat sekejap!!

Lagi 2 minggu je saya akan ada di dalam farmasi itu..
Mesti SANGAT-SANGAT rindu dengan staff2 di sana..hahaha (SERIUS NI)
Perkara yang akan saya rindu:
  • Lunch dengan diaorang..
  • Gosip-gosip pasal customer yang datang..
  • Cerita lawak diaorang..semua cerita la kitaorang kongsi..(lawak,sedih..semua nya kitaorang berkongsi)
  • Nasihat diaorang
Sekarang ni,kalau beli apa-apa dalam farmasi tuh..mesti dapat diskaun..*thanks to Mr Siva
Masuk minggu kedua ni,
banyak benda yang saya belajar..

Makin ramai customer yang saya layan..
Dah pandai buat price tagging,terima barang dari supplier,dah pandai handle cashier,
refill ubat yang loose pack punya,sediakan barang2 yang di order dari klinik-klinik,answer phone call,
dan macam-macam lahh...

Sekarang ni pon,kerja lebih dari waktu yang ditetapkan...
Ye lah..lepas ni bukan nye ada peluang macam ni kan..
inilah masanya..untuk belajar perkara-perkara baru..

masa dispensed ubat kepada customer,mesti aku senyum-senyum..
customer tu pon pelik je tengok aku..
hahahha..kenapa tah aku macam tuh..
HABIT boleh??
haaaaaaaa

Time nak pilih ubat nak bagi kepada customer,
banyak betol soalan yang aku tanya..
contoh soalan nye macam ni:
  1. Beli ubat ni untuk siapa?
  2. Dah berapa lama ye sakit?
  3. nak ubat makan ke minum (syrup or tablet?)
  4. ada gastric tak?
  5. sebelum ni ada makan ubat apa2 tak?
Then,pergi amik ubat..
tulis information dekat envelope ubat tuh..
If ubat tuh perlu di record, 'Encik,tolong isi nama,alamat dan nombor ic ya."
"Eh,ubat ni kuat sangat ke?" Tak pon,akan cakap macam ni "Ubat ni merbahaya ke?"

"Bukan macam tu encik,ubat ni UBAT TERKAWAL..jadi,perlu di record"

"Ohh...okay2".

Mesti customer tu,fikir yang aku ni macam apa je,,,
ye la..banyak sangat soalan yang aku tanya..

Kadang2 tuh,ada customer tu nak beli ubat..
time nak bayar je..bila aku cakap harga yang betol..mesti dia akan cakap macam ni..
"eh,sebelum ni saya beli harga RM**.** je..kenapa sekarang ni lain pulak?I banyak kali tau datang sini beli ubat..Kasi la murah sikit

TETTTTTTTTTTTT..

Baru je datang 2 kali macam tuh,dah nak mintak harga yang amat2 tidak masuk akal..
Terus dijadikan bahan gosip oleh staff-staff ...

Yang paling tidak boleh diterima..dia membandingkan harga kami dgn farmasi lain..
dalam hati saya  (Then,kau pergi la beli dekat tempat yang boleh kasi harga murah dekat kau!)
Disebabkan bos saya sangat murah hati dan malas carik masalah...Okay la,boleh la kasi murah.
Huhh?? Macam tu je bos saya layan??
Bila saya pandang dia...dia senyum :)
Ternyata..dia sangat cool..hahahha

If saya pemilik farmasi tuh,
macam mana lah kannnnnnn.......

Banyak yang saya belajar dari Pharmacist saya..
Dia pon tak kedekut ilmu..
Selalu tanya saya.."You okay ke?

Masuk minggu ke-3 dan ke-4 saya akan manfaat masa saya sebaik mungkin..
Insyallah..

Doakan saya dapat markah yang baik bagi practical ni..

**SENYUM SELALU**

Monday, April 4, 2011

Hari Pertama di Farmasi

Bangun je pagi,dapat mesej dari seseorang..

dia tanya la.saya masuk kerja pukul berapa and blablabla..

dan,ayat dia paling saya tak boleh lupa...
dia ckp,1st day ni kena la bagi good impression..
haaaaa

betapa bagusnye saya...
selepas itu...sampai dekat farmasi tu dalam pukul 9lebih..

kedai pon tak bukak lagi taww....so saya tunggu la dalam 40min..
(sebab kedai bukak pukul 10.30am)

sementara tu,layan lagu BIGBANG dalam kereta sambil study MIMS

Lepas kedai dah bukak,saya pon masuk la...

time,masuk tuh..farmasis saya sedang layan seorang patient..
so,saya tunggu la dalam 10min

lepas diperkenalkan kepada pekerja farmasi tu,
saya pon duduk belakang..

terus BLUR! Hahaaaaaha

sepatutnye ada seorang lagi kawan saya yang praktikal sama tempat dengan saya..

saya telefon,mesej..tapi xde jawapan..

herm....

dekat lunch time baru nampak muka!

wanna know something??

  1. ada seorang pakcik ni masuk,dia cakap muka saya macam pekerja di lab hospital..hahhhaa....femes betol muka aku ni
  2. ada seorang kakak ni..mengadu dekat saya tentang masalah suami dia yang tak kasi dia buat checkup di hospital kerajaan....saya pendengar setia tahu! :)
  3. Ade seorang uncle cina ni....tanya pendapat kami,nak beli panadol ke uphamol?haih,,,lepas tuh,siap rekemenkan produk kesihatan dekat kitaorang pulak tuh..
  4. pakcik melayu tu pulak..masuk farmasi mintak BENJOLA....saya BLUR kejap!! ohhh,BONJELA ye pakcik?untuk mouth ulcer? haaa...itulah pakcik nak cakap..okay,saya amik kejap..
  5. tadi,ada seorang budak umur 6tahun nak buat blood test..lepas tuh,akak pekerja farmasi tu pon buat la..lepas dah dapat result darah budak tu jenis AB+,akak pekerja tuh rasa kurang yakin...jadi,untuk pastikan kefahaman dia betul atau tidak...dia buat blood test dekat saya..its FREE! saya berdarah O+
  6. ada la dalam 3 orang patient yang tegur...oh,kamu ni budak MSU ye??ye,saya pelajar MSU....ohh,anak saudara makcik pon belajar sana..kenal tak nama dia *****?? Gulp!! Kurang kenal lah makcik..(padahal dalam hati: makcik ingat anak makcik tu,popular sangat ke untuk saya kenal?)
  7. saya mengalami masalah komunikasi...sebab semua orang dalam farmasi tu INDIA....rasa terpencil sangat..huhu...
  8. Balik rumah je...masuk bilik..terus tak keluar-keluar sampai sekarang...tadi dapat tidur sejam...bangun tidur je,HEADACHE! tidur waktu senja..elok sangat la kau puja! terus feeling nak demam! hukhuk
  9. time takde patient je tadi,saya dok mesej dengan kawan saya..tanya cerita diaorang pulak..si adurrah faizal ni dok sibuk rindukan saya..hahaha..i miss u too babe!!
  10. Okay la kawan-kawan...SELAMAT MALAM! Have a good day tomorrow!

Wednesday, March 30, 2011

Short..

Assalamualaikum..

  1. Next week saya practical di PHARMACY SIVA..selama sebulan jugak laaa saya akan berjauhan dgn kawan-kawan saya...huhu..mesti rindu dengan mereka-mereka..Tapi,saya ada kawan jugak practical sama-sama...nama dia kogilah..classmate saya...wish me luck okayh!!
  2. Saya juga baru lepas habis FINAL EXAM..result kuar lagi sebulan..what??hahahha....takut duhh
  3. Saya dah jarang berfacebook..sebab sangat SEMAK!! pantang je online FB,mesti ada makhluk tu...haihhh.....susah betul..
  4. Saya sudah mula contact dengan "dia" balik...herm,memaksa diri sendiri untuk melupakan semua perkara-perkara yang dah lepas..baik sangat aku ni..
  5. Paling-paling penting..sedang berperang dengan diri sendiri untuk perubahan yang lebih baik..Tak boleh cakap di sini..hahaha..harap-harap ada perubahan

Sunday, February 27, 2011

Early March


STUDY WEEK

No more!!

FACEBOOKING,TWITTERING,YAHOOMASSENGERING,
BLOOGING,GOSSIPING,DOWNLOADING,CALLING,EMELING,TEXTING,FAXING

**Wish me luck!

** I will try my best to not do all this things!

TELL ME WHY!


kenapa saya perlu ingat awak?
kenapa saya perlu rindu awak?
kenapa awak buat saya fikirkan awak?
kenapa saya tak pernah benci awak?
kenapa saya tak pernah berhenti fikirkan awak?
kenapa saya jadi macam ni?
kenapa.kenapa.kenapa?

Saturday, February 26, 2011

Saya dah 20 tahun!!

26 Februari 2011

genap la umur puja 20 tahun
Kalau orang dulu-dulu...confirm umur mcm ni dah kahwinkan anak perempuan dia...
tapi,mak ayah saya tak lah pulak macm tu...
tunggu jugak,bila mak ayah saya nak jadi macam orang dulu-dulu tu..
ahahah..okay.gurau!

Pagi tu,puja ada tournament futsal di MSU terchintaaaaa
pertandingan ni anjuran SCD...
motif pertandingan: nak cari pelapis team FUTSAL MSU yang baru
konon kata semua contestants BEGINNER macam kitaorg ni haaaa
tapi,semua team yang kitaorg lawan pon HEBATTTTTT gilooooooooo
Keputusan : seri 2 kali, kalah 2 kali
Kesimpulan: kitaorg tetap HEBATTTT 
**muka hebat
pika.dira.kak iffah

"wateva" team bersama tuan penasihat

tuan penasihat memberi motivasi

1st game


Hahaha..pehal laaaa entry aku kali ni dah macam lab report je??
ahhaha..semangat sangat nak siapkan lab report bertimbun-timbun tuhh agaknya

Setiap team kena main 4 kali..
tapi puja just masuk 3 kali je...1st game puja tak main...
2nd game,jatuh!!!
3rd game,bola kena perut ***sedappppp giloooo!!
Kesimpulan:sakit,panas,best,syok,puas hati,

Lepas habis futsal,puja ponn balik rumah...
mandi-mandi,siap-siap semua...
then pukul 4.40pm keluar rumah...bersama adik TERBUSYUKKK
Berbekalkan stok minyak yang agak-agak sikit,puja terus kan perjalanan ke Shah Alam

Part paling stresss.tekanan hidup,tension pon berlaku..
Puja tersekat dekat KESAS highway,
45minit okayhhh
kesian kawan-kawan saya sebab kena tunggu lama..soryy

haaa..lupa pulak nak story..
masa tengah hadapppp jem tuh,
saya pon text miss adurrah..**nada sir khursyid plisss
saya sedih kutt sebab dia tak join petang tuhh.
mengikutkan dari segi gaya bahasa nya,memang saya yakin jugak yang dia tak join petang tuhh.
ayat terakhir saya mesej dgn dia..
"k ahh fine.take care!"
**sila baca dengan nada manja...bukan nada MARAH!


lepas tuh,saya telefon EN TELINGA pulakk..
"weh,kau kat ne?"
"aku dah dekat tesco dah..kau lama lagi ke?"
"aah la wehh,jalan jem gila kutt..tak tahu ada apa...sory aww kalau lambat..DIAORG dah sampai?"
"haaa,siapa diaorg tuhh??dayah sorang je kann..patut nye kau tanya "dia" dah sampai ke??"
"Huh..okay la.."

then sampai tesco dalam pukul 5 lebihh
Lepas tu gerak pergi MAKBUNG
puja,adik,mathi,quza,dodi n dayah..
kitaorg ber-6 jeeeee yang pergi makan kat sana..
rupanya MAKBONG tu kedai mamak...
okay.

tengah makan je..tiba-tiba ada orang yang dtg dari arah belakang tutup mata saya
saya kenal sangat bau perfume tuhh!!
menyanyikan lagu yang paling banyak di download (happy birthday)
sambil bawak kek yang lilin menyala..

SUPRISE!!!
Semua kawan-kawan saya ada..
Adurrah,Mira,Adiah,Dira and Pika..
Rupanya,saya kena tipu..
sebab kawan-kawan saya cakap..diaorg tak boleh nak joinn
nak balik kampung laaa,pergi rumah makcik laaa,tak larat laaa
hahaaaaa.....dan paling tak boley blaaa..adik saya ponn terlibat dengan semua nihh..
cissss...puja tertipu!!
dan..kek birthday tu..untuk hidayah sekali..
sebab waktu birthday dayah..EXAM!

lepas makan,acara potong kek,suap2 kek,amik gambar
lepas tuh,gerak pergi solat maghrib..
after solat,pergi makan char kuew tiou..
sedap gila!!
ohhh ya...fyna join sekali
dan ada orang tuh..makan 2 kali okayhh!!
heeeehe..suka tengok dia makan!!




blushing!

kek puja

puja.daya


char kuew tiaou dua!

pika.mira


after makan,pergi I-CITY..
wishlist pujaaa la kononnn
haahaha
**pehal laaa wishlist aku ni merepek gila.. (sedar ponn!!)
sebenarnya..memang nak sangat ponn gi i-city..
sebab 1st time pergi tuhh,x puas! sebab x ada amik gambar ponn
reason: amik gambar 2 orang tuh,sampai bateri tadokkk..dan,gambar saya pon takde!

puja parking lain tempat dgn dioarg..sebab ikut jalan lain..
then,bila jumpa diaorg balik..
SUPRISEEE lagi...
adurrah kasi saya cupcake yang kiut miut...
pastuh nyanyi lagu feveret semua orang di depan khalayak ramai..(lagu happy birthday)
HOMAIGODD,terharu gila kutt
thanks awak :)

pastuh terjumpa manusia yang bernama SUHADRI kat i-city tuhh
ahahhaha

Penyanyi nasyid zon utara

BFF

dira.daya.fyna.dodi

bersama EN TELINGA

lelaki MACHO katanyaaa
kek cawan yang kiut miut

lepas amik gambar sana-sini.
kitaorg pon lepak minum dekat WAKDOLKOPITIAM sek 7.
part nak pergi lepak ni yang paling kelakar!!

"mathi,nanti nak jumpe kat mana??sebelah kanan aku ni ada KAYU...
(maksud saya: KAYU NASI KANDAR)
"ohhh kayu,kau alihkan je laaa."
gluppp...gilooo!!!

kol dia lagi sekali
"weh kau kat mana??kau nampak tak kayu?"
"jap ahh,aku tengah alihkan kayu la ni..."
ba.alif.ngang!!

after minum-minum..makan cupcake semua...
amik gambar...
pastuh masing-masing pon balik...

NOTA UNTUK KAMU SEMUA
Korang,thanks sangat-sangat sebab sudi habiskan masa dengan puja untuk celebrate birthday semua ni...
sayang korang sangat-sangat...thanks untuk kek yang sedap tuhh...memang betul kata orang tuh...
birthday kali ni,memang paling SUPERB!!

pandai gilaa korang berlakon...memang puja tertipu habisss
mungkin sebab memang puja ni..orang yang lurus!! ahhaha

di sini,saya...NUR FAUZIAH BT MOHAMAD...bernombor kad pengenalan 910226****** 
ingin mengucapkan terima kasih banyak-banyak kepada mathi,durrah,adik,mira,adiah,dayah,pika,dira,quza,dodi n fyna 
sebab telah sudi celebrate birthday saya...
korang memang member yang baik...thanks again..
sayang korang rapat-rapat..

love,
-puja-

Sunday, February 20, 2011

Its saturday yawwww!!

semalam merupakan hari sabtu..bersamaan 19feb2011
saya sangat seronok! ahahha..
diulangi sekali lagi...SERONOK!!

Pagi
saya sarapan pagi di RESTORAN NASI KANDAR PELITA,BUKIT TINGGI
Lepas tu,pergi pasar tani..beli bahan-bahan buat MEE KARI
Then,blik rumah

Tengahari
Lunch mee kari hasil air tangan mak saya!
dan tidak lupa jugak, sambal kicap yang saya buat..
nak tahu rasanya??
glupppp!! *telan air liur kejap..hahhaa

Menghabiskan masa lebih kurang 7jam bersama tuan YOUTUBE
bersama mak dan adik 
macam-macam video kitaorg tengok..

hasilnya!!!
tercipta la idea adik saya utk memakai shawl style hana tajima!!
hahaha...kelakar sangat..
dan,dengan berani nya...keluar rumah dengan style baru nye :)

Malam
Saya dinner di tempat yang sangat awesome!!
tempatnya ialah.. LOOK OUT POINT, AMPANG
Kakak ipar saya yang bagi cadangan nak makan dekat luar..
almaklumlah..wanita berbadan dua :)
apa-apa pun...tempat nye sangat menarik,cantik,dan sempoi...

kitaorg gerak dari rumah lepas isyak..
around 9.30pm..
then telah selamat sampai ke destinasi..
sangat teruja mula-mula sampai..
jalan nak masuk ke LOOK OUT POINT ni sangat adventure!!
jalan berbukit yang sangat cerun kuttt...
heeee..yang penting, selamat parking jugak akhirnya...

kitaorg pilih meja yang paling hujung sekali..
view nye sangat cantik..sebab dapat tengok KL pada waktu malam
cantik sangat..

sementara tunggu makanan datang..
kitaorg pon menikmati laaa pemandangan yang sangat cantik tu..

sebelah meja kitaorg,,ada la couple ni..melayu ok!
sangat menjengkelkan mata saya sebab kegedikan yang terlampau..
hahah..

yang paling best..
time tengah makan tu..tetibe lampu restoran ditutup!!
then,ada seorang mamat cina ni masuk restoran sambil bawak bunga yang besar gila!!
dia nak propose makwe dia yang dah sedia ada dalam restoran tu..
OMG!!! Sangat romantik kutt...siap melutut kutt..
puja pulak yang excited waktu tu!! hahaha..
then,diaorg peluk!
makwe dia terima kutt lamaran lelaki tu! haha
;agu yang dimainkan pulak waktu tu,lagu michael jackson: you are not alone.
sweet gila kutt
hahahaa...then,boley pulak akak ipar saya tanya..
"puja ada pakwe tak?"
hahaha....terus teringat seseorang!
haihh....lawak-lawak..

yang penting,malam semalam sangat best..
puja teringin sangat ajak kawan2 puja pergi tempat tu!
hehehehe..

ni ada gambar utk korang..:)
gambaran tentang tempat yang saya cakap


LOOK OUT POINT,AMPANG

KL

Semoga saya akan sampai tempat ni kali kedua!

Friday, February 18, 2011

Encik Telinga

Encik Telinga





Macam mana ye boleh tercipta nya nama ENCIK TELINGA ni??
hahaha..itu,saya pon taktahu..tetibe je terlintas gelaran tu
sebenarnya...saya tak nak pon cerita siapakah gelaran encik telinga tu..
tapi,waktu online facebook..
ada orang tanya kat saya..

M: weh,siapa encik telinga?
P: kenapa nak tahu haaa??

** M rupanya terasa yang dia adalah ENCIK TELINGA
M,sila perhatikan gambar ni betul-betul..okayh?


the real ENCIK TELINGA
** wahai encik M, inilah ENCIK TELINGA saya...
adakah awak kenal dia?


Cik Mulut bersama Encik Telinga

Encik Telinga saya memang seorang memahami..
sebab dia faham saya la..dia boleh "terasa" yang dia sebenarnya ENCIK TELINGA.
Encik Telinga memang seorang yang teliti..**tetibe!

Encik Telinga:
  • gila
  • bengong
  • SANGAT suka menyakitkan hati saya
  • baik hati
  • dipercayai
  • suka carik pasal dengan saya
  • gedik
  • suka tacing
  • mengada
  • masuk air,keluar gaung (ayat ni,saya sorang je yang paham)
  • memahami
  • stalker
  • biul
  • caring
  • tinggi
  • gelabah
  • kasar (dengan aku je la..dengan yang lain..okay je!)
  • best
  • rajin
  • malas

**Saya harap..ENCIK TELINGA akan baca entry ini..

sekian dari saya,
CIK MULUT

Thursday, February 17, 2011

Terima kasih "ENCIK TELINGA"

K.A.W.A.N


First of all,entry ini hanya luahan hati saya..
dan tidak ada kaitan dengan yang hidup atau pon dah meninggal :)

bila sebut pasal kawan...
semua orang ade kawan kan?
tak kira lah lelaki atau pon perempuan..

saya ada ramai kawan..
dari tadika,sekolah rendah,sekolah menengah,tempat tusyen,from universiti,sekolah memandu,sekolah agama,dari facebook,myspace,friendster,twitter,blogger dan mana-mana je laaaa

tapi,bila fikir balik...adakah semua kawan-kawan saya tu...masih ingat pada saya?
saya yakin dan pasti...>80% ingat pada saya..
ramai yang tegur saya dekat facebook laaa
try calling saya la...
text semuaaa
apa yang patot saya rasa dengan usaha kawan-kawan saya ni?
saya tiada jawapan kepada soalan itu..

lepas masuk UNI ni..saya makin hilang ramai kawan-kawan yang pernah rapat dengan saya..
kenapa boleh jadi macam ni,puja?
itu pon,saya tiada jawapan untuk soalan ni..

dulu waktu sekolah,kitaorg rapat macam satu family..
tapi,lepas semua continue study...kitaorg dah tak rapat macam dulu
adakah semua orang rasa mcm apa yang aku rasa?
atau aku sorang je yang rasa mcm ni?

ketika entry ini ditulisi,lagi 8hari umur saya genap 20tahun
selama saya hidup ni..saya tak pernah nyatakan siapa KAWAN BAIK saya..
dan sememangnya..saya tak pernah ada kawan baik..
saya tak tahu kenapa...

and now,saya dah tahu siapa kawan baik saya..
dia sentiasa ada waktu saya susah,senang,gembira,sedih..

to someone: ye...mungkin dulu kau pernah anggap aku kawan baik..sedangkan aku??menganggap kau hanya kawan biasa..maaf,kalau aku hanya dapat anggap kau sebagai kawan yang hanya menambah koleksi kawan2 aku...sebab...seorang kawan takkan fitnah kawannya sendiri..dan..seorang kawan jugak..takkan pernah lupa pada kawan yang dulu pernah dianggap kawan baik..korang berdua kawan baik...tapi korang berdua jugak pernah kutuk "kawan baik" korang sendiri dekat aku..itu yang aku tak faham..macam mana erti truely friend korang tuhh!!

kepada kawan-kawan... 
even kita kenal, baru nak masuk 2 tahun...
tapi rasa macam dah kenal korang sejak aku kecik!
korang memang kawan yang terbaik,yang pernah aku ada..
dengan korang la..aku kenal erti KAWAN...

"Cik MULUT & Encik TELINGA'



dan kepada seseorang:thanks sebab selama ni selalu ada waktu aku susah dan senang..
terima kasih sebab selalu bagi pinjam telinga kau untuk dengar segala cerita dan bebelan aku...
lepas ni,kita dah tak selalu jumpa...agak-agak kau kan...kau ingat tak kat aku?
adakah aku boleh pinjam telinga kau lagi lepas ni?
atau,aku perlu cari "telinga" lain untuk dengar semua cerita aku?
mungkin waktu tu,kau pon akan jumpa dengan "mulut" yang akan selalu nk gunakan "telinga" kau....
**cuma perlu kau tahu,aku akan tetap cari "telinga" kau,even waktu tu aku jumpa dengan "telinga" lain! 

aku bersyukur sangat sebab dikelilingi dengan orang-orang yang selalu ada waktu aku susah dan senang..
aku rasa bertuah sangat sebab ada kawan macam korang
dan aku tahu,kadang-kadang hidup ni tak banyak moment indah yang kita selalu dapat
tapi,segala moment indah yang pernah kita ada..aku takkan lupa..
aku harap..korang pon macam tu.
semoga persahabatan kita kekal sampai bila-bila.