Without His love I can do nothing, with His love there is nothing I cannot do.
Wednesday, April 27, 2011
BMW merah
Entry kali ini ditujukan kepada pembawa kereta BMW Merah (PDV ****)
Ada aku kesah kereta kau BMW?
Ada aku kesah kereta kau warna merah?
Ada aku kesah kau bawak kereta sambil smoking?
SEMUA TU AKU TAK KESAH TAUUU..(Tapi mungkin AIMAN kesah!)
Yang paling aku KESAH sebab kau bawak kereta sangat lembap sebab melayan perempuan sebelah kau untuk tangkap-tangkap gambar syok sendiri dalam kereta!!
Kau nak amik gambar tu,aku takde hal...tapi,tolong jangan bawak kereta macam KURA-KURA dan menyusahkan orang belakang kau....
Kau bajet kau pakai spek itam, smoking,lepas tuh bukak cermin kereta sambil keluarkan tangan...kau JEJAKA HOT ahhhh??
Tak langsung!!
Friday, April 15, 2011
Mereka yang sangat prihatin :)
Petang tadi ada customer nak beli ubat gastric..
Then, saya pon pergi la amik kan..
Time dekat cashier tu,dia tanya macam ni..
"Dekat sini takde ubat selesema ke?"
"Ada..awk nak berapa?"
"Eh..bukan untuk saya..tapi,untuk awak la!!"
Saya hanya senyum je..
(Dalam hati,)
Saya sudah makan ubat laaa encik abang...
tapi,still selesema tak nak baik..
Dari hari first saya masuk farmasi ni lagi dah dapat infection..hahahaah
Lepas tuh,ada lagi sorang customer datang..nak beli supplement..
saya pon rekemen la satu produk baru ni..
Produk ni berasaskan daun barli tau..
Lepas membebel-bebel..dia pon beli la ubat tuh..
Time nak bayar, dia pon hulur satu kad..
name card dia rupanya..
"Kalau awak dah bosan kerja sini,boleh lah call saya..mana tahu rezeki awak bekerja dgn saya"
"Eh,saya ni belajar pon tak habis lagi..Ni pon baru masuk praktikal minggu ke-2"
"Takpe,awak simpan kad saya ni..Nanti dah habis belajar,awak call saya."
Lepas tengok kad yang dia kasi tuh..
Rupanya dia partner syarikat perunding..
Syarikat ni pulak tengah memerlukan perunding dalam bidang perubatan ni..
macam tuh la lebih kurang..
sebab saya pon tak tanya lebih-lebih..
Hujung minggu ni,saya akan BUSY!
Saya suka bila saya BUSY!
DONE!
Thursday, April 14, 2011
Sebulan sangat sekejap!!
Lagi 2 minggu je saya akan ada di dalam farmasi itu..
Mesti SANGAT-SANGAT rindu dengan staff2 di sana..hahaha (SERIUS NI)
Perkara yang akan saya rindu:
- Lunch dengan diaorang..
- Gosip-gosip pasal customer yang datang..
- Cerita lawak diaorang..semua cerita la kitaorang kongsi..(lawak,sedih..semua nya kitaorang berkongsi)
- Nasihat diaorang
Sekarang ni,kalau beli apa-apa dalam farmasi tuh..mesti dapat diskaun..*thanks to Mr Siva
Masuk minggu kedua ni,
banyak benda yang saya belajar..
Makin ramai customer yang saya layan..
Dah pandai buat price tagging,terima barang dari supplier,dah pandai handle cashier,
refill ubat yang loose pack punya,sediakan barang2 yang di order dari klinik-klinik,answer phone call,
dan macam-macam lahh...
Sekarang ni pon,kerja lebih dari waktu yang ditetapkan...
Ye lah..lepas ni bukan nye ada peluang macam ni kan..
inilah masanya..untuk belajar perkara-perkara baru..
masa dispensed ubat kepada customer,mesti aku senyum-senyum..
customer tu pon pelik je tengok aku..
hahahha..kenapa tah aku macam tuh..
HABIT boleh??
haaaaaaaa
Time nak pilih ubat nak bagi kepada customer,
banyak betol soalan yang aku tanya..
contoh soalan nye macam ni:
- Beli ubat ni untuk siapa?
- Dah berapa lama ye sakit?
- nak ubat makan ke minum (syrup or tablet?)
- ada gastric tak?
- sebelum ni ada makan ubat apa2 tak?
Then,pergi amik ubat..
tulis information dekat envelope ubat tuh..
If ubat tuh perlu di record, 'Encik,tolong isi nama,alamat dan nombor ic ya."
"Eh,ubat ni kuat sangat ke?" Tak pon,akan cakap macam ni "Ubat ni merbahaya ke?"
"Bukan macam tu encik,ubat ni UBAT TERKAWAL..jadi,perlu di record"
"Ohh...okay2".
Mesti customer tu,fikir yang aku ni macam apa je,,,
ye la..banyak sangat soalan yang aku tanya..
Kadang2 tuh,ada customer tu nak beli ubat..
time nak bayar je..bila aku cakap harga yang betol..mesti dia akan cakap macam ni..
"eh,sebelum ni saya beli harga RM**.** je..kenapa sekarang ni lain pulak?I banyak kali tau datang sini beli ubat..Kasi la murah sikit
TETTTTTTTTTTTT..
Baru je datang 2 kali macam tuh,dah nak mintak harga yang amat2 tidak masuk akal..
Terus dijadikan bahan gosip oleh staff-staff ...
Yang paling tidak boleh diterima..dia membandingkan harga kami dgn farmasi lain..
dalam hati saya (Then,kau pergi la beli dekat tempat yang boleh kasi harga murah dekat kau!)
Disebabkan bos saya sangat murah hati dan malas carik masalah...Okay la,boleh la kasi murah.
Huhh?? Macam tu je bos saya layan??
Bila saya pandang dia...dia senyum :)
Ternyata..dia sangat cool..hahahha
If saya pemilik farmasi tuh,
macam mana lah kannnnnnn.......
Banyak yang saya belajar dari Pharmacist saya..
Dia pon tak kedekut ilmu..
Selalu tanya saya.."You okay ke?
Masuk minggu ke-3 dan ke-4 saya akan manfaat masa saya sebaik mungkin..
Insyallah..
Doakan saya dapat markah yang baik bagi practical ni..
**SENYUM SELALU**
Monday, April 4, 2011
Hari Pertama di Farmasi
Bangun je pagi,dapat mesej dari seseorang..
dia tanya la.saya masuk kerja pukul berapa and blablabla..
dan,ayat dia paling saya tak boleh lupa...
dia ckp,1st day ni kena la bagi good impression..
haaaaa
betapa bagusnye saya...
selepas itu...sampai dekat farmasi tu dalam pukul 9lebih..
kedai pon tak bukak lagi taww....so saya tunggu la dalam 40min..
(sebab kedai bukak pukul 10.30am)
sementara tu,layan lagu BIGBANG dalam kereta sambil study MIMS
Lepas kedai dah bukak,saya pon masuk la...
time,masuk tuh..farmasis saya sedang layan seorang patient..
so,saya tunggu la dalam 10min
lepas diperkenalkan kepada pekerja farmasi tu,
saya pon duduk belakang..
terus BLUR! Hahaaaaaha
sepatutnye ada seorang lagi kawan saya yang praktikal sama tempat dengan saya..
saya telefon,mesej..tapi xde jawapan..
herm....
dekat lunch time baru nampak muka!
wanna know something??
- ada seorang pakcik ni masuk,dia cakap muka saya macam pekerja di lab hospital..hahhhaa....femes betol muka aku ni
- ada seorang kakak ni..mengadu dekat saya tentang masalah suami dia yang tak kasi dia buat checkup di hospital kerajaan....saya pendengar setia tahu! :)
- Ade seorang uncle cina ni....tanya pendapat kami,nak beli panadol ke uphamol?haih,,,lepas tuh,siap rekemenkan produk kesihatan dekat kitaorang pulak tuh..
- pakcik melayu tu pulak..masuk farmasi mintak BENJOLA....saya BLUR kejap!! ohhh,BONJELA ye pakcik?untuk mouth ulcer? haaa...itulah pakcik nak cakap..okay,saya amik kejap..
- tadi,ada seorang budak umur 6tahun nak buat blood test..lepas tuh,akak pekerja farmasi tu pon buat la..lepas dah dapat result darah budak tu jenis AB+,akak pekerja tuh rasa kurang yakin...jadi,untuk pastikan kefahaman dia betul atau tidak...dia buat blood test dekat saya..its FREE! saya berdarah O+
- ada la dalam 3 orang patient yang tegur...oh,kamu ni budak MSU ye??ye,saya pelajar MSU....ohh,anak saudara makcik pon belajar sana..kenal tak nama dia *****?? Gulp!! Kurang kenal lah makcik..(padahal dalam hati: makcik ingat anak makcik tu,popular sangat ke untuk saya kenal?)
- saya mengalami masalah komunikasi...sebab semua orang dalam farmasi tu INDIA....rasa terpencil sangat..huhu...
- Balik rumah je...masuk bilik..terus tak keluar-keluar sampai sekarang...tadi dapat tidur sejam...bangun tidur je,HEADACHE! tidur waktu senja..elok sangat la kau puja! terus feeling nak demam! hukhuk
- time takde patient je tadi,saya dok mesej dengan kawan saya..tanya cerita diaorang pulak..si adurrah faizal ni dok sibuk rindukan saya..hahaha..i miss u too babe!!
- Okay la kawan-kawan...SELAMAT MALAM! Have a good day tomorrow!
Subscribe to:
Posts (Atom)